Konvensyen Genosid

Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPCCG) atau Konvensyen Genosid (Jawi: ‏كونۏينشن ڤنچݢهن دان حكومن جنايه ڬينوسيد‎code: ms is deprecated ‎ atau ‏کونۏينشن ڬينوسيد‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang menjenayahkan pembasmian kaum dan mewajibkan negara-negara anggota untuk menguatkuasakan pengharamannya. Ia merupakan instrumen undang-undang pertama yang mengkanunkan pembasmian kaum sebagai jenayah, dan perjanjian hak asasi manusia pertama yang diterima pakai sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada 9 Disember 1948, semasa sesi ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1] Konvensyen ini mula berkuat kuasa pada 12 Januari 1951 dan mempunyai 152 negara anggota setakat 2022.Konvensyen Genosid diwujudkan akibat Perang Dunia II, terutamanya kerana peristiwa dahsyat seperti Holokus. Peristiwa itu sangat mengerikan sehingga tidak ada perkataan atau takrifan undang-undang yang sesuai untuk menerangkan dan mengungkapkannya. Seorang peguam Yahudi Poland Raphael Lemkin, yang mencipta istilah genosid pada tahun 1944 untuk menerangkan dasar-dasar Nazi di taklukan Eropahnya dan genosid Armenia, berkempen agar ia diiktiraf sebagai satu jenayah di bawah undang-undang antarabangsa.[2] Ini memuncak pada tahun 1946 dalam sebuah resolusi penting oleh Perhimpunan Agung yang mengiktiraf genosid sebagai jenayah antarabangsa dan menyeru agar perbuatannya dicegah dan dihukum dalam satu perjanjian yang mengikat.[3] Perbincangan dan rundingan antara negara-negara anggota PBB kemudian daripada itu melahirkan CPPCG.Konvensyen itu mentakrifkan genosid sebagai mana-mana daripada lima "perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama." Lima perbuatan ini termasuk membunuh ahli kelompok itu, menyebabkan mereka mengalami mudarat yang serius dari segi fizikal atau mental, mengenakan keadaan hidup yang bertujuan untuk memusnahkan kelompok itu, menghalang kelahiran, dan memindahkan kanak-kanak secara paksa keluar daripada kelompok itu. Mangsa disasarkan kerana mereka ahli kelompok itu, biar secara benar atau dianggap begitu, bukan secara rawak.[4] Konvensyen itu seterusnya menjenayahkan "perbuatan persubahatan, percubaan, atau penghasutan melakukannya." Negara anggota dilarang daripada terlibat dalam genosid dan diwajibkan menguat kuasa pengharaman ini. Semua pelaku hendaklah dibicarakan tidak kira jika mereka individu persendirian, pegawai awam atau pemimpin politik yang mempunyai kekebalan berdaulat.CPPCG telah mempengaruhi undang-undang nasional dan antarabangsa. Takrifan genosid telah diterima pakai oleh tribunal antarabangsa dan hibrid, seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan dimasukkan ke dalam undang-undang dalam negeri beberapa negara.[5] Peruntukannya mencerminkan undang-undang adat maka semua negara terikat dengannya sama ada mereka anggota atau tidak. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) juga memutuskan bahawa prinsip-prinsip yang mendasari Konvensyen itu satu norma yang mesti dipatuhi terhadap genosid yang tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana kerajaan.[6] Konvensyen Genosid membenarkan bidang kuasa mandatori ICJ untuk mengadili pertikaian, yang telah membawa kepada litigasi antarabangsa seperti kes genosid Rohingya dan pertikaian mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022.

Rujukan

WikiPedia: Konvensyen Genosid https://legal.un.org/avl/pdf/ha/cppcg/cppcg_ph_e.p... https://legal.un.org/avl/ha/cppcg/cppcg.html https://legal.un.org/avl/historicarchives.html https://undocs.org/en/A/RES/96(I) https://www.un.org/en/genocideprevention/genocide.... https://archive.org/details/specterofgenocid00robe https://archive.org/details/specterofgenocid00robe... https://books.google.com/books?id=29u-vt_KgGEC&q=g... https://books.google.com/books?id=oBpEVAY0SqQC&pg=... https://www.getty.edu/publications/pdfs/CulturalGe...